KEUSAHAWANAN EMPOWERHER WEBINAR 38 “OPERASI PERNIAGAAN”

13 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2026, telah diadakan sesi webinar keusahawan Empowerher bertajuk “Operasi Perniagaan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sesi pembelajaran dijalankan secara atas talian.

Topik ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan operasi perniagaan yang sistematik dan berkesan, termasuk perancangan kerja, pengurusan stok, kawalan kos, pengurusan masa serta memastikan proses perniagaan berjalan lancar. Peserta juga diberi panduan untuk meningkatkan kecekapan operasi, kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan bagi menyokong kelangsungan serta perkembangan perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali